5 Tempat Menarik Bercuti di Singapura

SEBUT saja tentang negara Singapura, mesti anda terpandang akan destinasi pelancongan menarik ada di sana. Singapura merupakan salah satu negara maju yang mempunyai kapasiti penduduk yang berjumlah kecil sahaja. Namun, terdapat pelbagai tempat menarik yang anda boleh kunjungi di Singapura. Nak ketahui lebih lanjut, jom lihat dibawah!

                  5 Tempat Menarik Bercuti di Singapura

5 Tempat Menarik Bercuti di Singapura

1-Night Safari di Zoo Singapore

Bagi anda yang inginkan pengalaman melihat binatang liar pada waktu malam, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti Night Safari. Di sini meletakkan lebih 2000 ekor binatang dalam satu kawasan yang luas dan mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan perjalanan Nigh Safari anda.

>> Panduan Mudah Bekerja di Singapura

2-Marina Bay

                   Image result for Marina Bay

Satu tempat di Singapura yang mempunyai landskap yang sangat cantik di tepi air. Masa terbaik untuk datang ke sini ialah pada lewat petang dan awal malam. Ada juga pertunjukkan lampu laser beberapa kali yang menjadi salah satu tarikan di sini.

3-Waterfront Promenade

Satu tempat bersiar-siar di tepi air yang sangat cantik pemandangannya. Kebanyakan pelancong datang ke sini untuk mengambil gambar bangunan dan mercu tanda Singapura yang ada di sini. Samaada di waktu siang atau malam, pemandangan di sini sememangnya sangat mempersonakan. Kalau pada waktu malam, ada juga pertunjukan cahaya kira-kira pukul 8 dan 9.30 malam.

4-Universal Studio Singapore

                      Image result for universal studio singapore

Merupakan taman tema yang sangat best bukan sahaja untuk kanak-kanak malah untuk orang dewasa. Terdapat pelbagai jenis permainan di sini yang jauh lebih menarik dengan apa yang ada di Genting Highland.

Bagi kanak-kanak pula, salah satu tarikan yang paling best ialah menonton cerita Shrek 4D.

5-Gardens by The Bay

Satu lagi tempat bagi mereka yang gemarkan suasana alam semulajadi yang cantik. Garden by The Bay merupakan sebuah taman tumbuh-tumbuhan yang diliputi satu dome atau bilik kebal dan mempunyai 3 taman iaitu Bay South Garden, Bay East Garden dan Bay Central Garden.

Bagi anda yang ingin pergi bercuti, anda boleh melawati tempat menarik ada di Singapura!

No comments

Powered by Blogger.