Tips Keselamatan Elak Ular Masuk Dalam Rumah


Bagi sempena musim hujan ini, seterusnya mengakibatkan berlakunya fenomena banjir besar di sesetengah tempat. Tapi masalah setiap kali berlakunya banjir akan mengakibatkan banyak binatang berbisa contohnya ular yang akan memasuki kediaman anda. Oleh itu, dengan perkongsian ini anda boleh lebih berhati-hati dan mengetahui untuk elak ular masuk di kediaman anda.

TIPS KESELAMATAN ELAK ULAR MASUK RUMAH

1. Bersihkan Laman Rumah Dan Taman

Laman rumah dan kawasan kebun yang penuh semak-samun, penuh dengan rimbunan daun dan tidak terurus mengundang haiwan ini untuk menyelinap masuk tanpa disedari. Apatah lagi sekali pandang, warna kulit ular hampir sama dengan rimbunan daun-daun kering.

Oleh itu, pastikan semak-samun dipotong dan laman rumah / kebun dibersihkan selalu agar tidak menjadi sarang haiwan berbisa itu.

2. Elak Tanam Pokok Hiasan Yang Lebat Dan Tinggi

Pokok bunga memang cantik. Tapi, pokok yang berdaun lebat dan tinggi memang menjadi tempat persembunyian yang selesa untuk ular. Begitu juga pasu besar yang diletakkan di luar rumah.

Sebaiknya letak pokok ini di kawasan yang jauh daripada rumah dan sentiasa trim daunnya agar tidak terlalu lebat.

3. Kambus Lubang Yang Dipenuhi Air / Kawasan berlecak

Apabila cuaca panas, ular mencari-cari kawasan yang berair untuk menyejukkan badannya. Kambus semua kawasan yang berlubang, berlopak dan berair.

4. Tutup Semua Lubang Di Kediaman

Ular mudah menyelinap masuk melalui lubang. Jika ada kawasan berlubang walaupun kecil, pastikan ditutup dan dibaiki untuk mengelakkan daripada ular masuk terutamanya di bahagian dinding, pintu dan tingkap.

5. Bina Pagar Di Keliling Rumah

Ia boleh menghalang kemasukan ular ke dalam kawasan kediaman. Pasang juga jaring di tingkap dan pintu untuk mengelakkan daripada dimasuki.

6. Pasang Perangkap

Jika anda suspek terdapatnya ular di kawasan berhampiran, anda boleh pasang perangkap dengan menjadikan tikus sebagai umpan.

Bagaimana Jika Terjumpa Ular Dalam Rumah?

-Kurungnya dengan menutup pintu dan letakkan kain di bawah pintu untuk elak ular keluar
-Jauhkan kanak-kanak dan haiwan peliharaan dari kawasan tersebut
-Hubungi bomba untuk dapatkan bantuan

Bagaimana Jika Terjumpa Ular Di Luar?

-Sembur dengan air sehingga ia lari
-Buat bunyi bising sebagai contoh hidupkan kereta atau mesin rumput

Semoga bermanfaat untuk pengunjung setia blog ini!


No comments

Powered by Blogger.