Kimchi Baik Untuk Kurangkan Berat Badan Anda

APA itu masakan kimchi sebenarnya? Kimchi dihasilkan daripada campuran kubis yang dihiris nipis dengan bahan seperti garam, cuka, bawah putih dan serbuk cili. Setelah semua bahan dicampur dan digaulkan sehingga sebati, kimchi disimpan di dalam balang dan diperam untuk dijadikan jeruk atau acar.

               Image result for KIMCHI

Kimchi merupakan makanan sampingan dalam setiap hidangan Korea. Ia sangat sedap dimakan dengan nasi atau ramen (mi segera).

Ramai yang tidak tahu sebenarnya kimchi memilki banyak manfaat untuk kesihatan termasuklah menurunkan berat badan.

Berikut adalah khasiat Kimchi yang perlu anda tahu:

1. Mengandungi Probiotik (Bakteria baik dalam badan)

Kimchi yang dijeruk mengandungi bakteria yang baik atau probiotik yang membantu pencernaan. Selain itu, probiotik juga berfungsi melawan pelbagai jangkitan penyakit.

2. Melambatkan Penuaan

Kimchi yang diperam selama dua minggu mengandungi antioksidan yang mampu melambatkan penuaan pada kulit. Selain itu, kimchi juga membantu menyihatkan kulit dan rambut serta mengurangkan kedutan pada wajah.

3. Membantu Menurunkan Berat Badan

Bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba makan Kimchi. Kimchi yang memiliki bakteria baik, elok untuk mengurangkan rasa keinginan makan dengan mengurangi  kadar gula pada darah. Capsaicin yang terdapat dalam cili dapat meningkatkan kadar metabolisme.

4. Menghindar Kanser Perut

Kubis China dan lobak putih yang digunakan dalam pembuatan Kimchi mengandungi bahan seperti isocyanate dan sulfide baik untuk menyingkirkan logam dalam hati, usus kecil dan buah pinggang.

5. Menurunkan Kolestrol

Bawang putih yang terdapat dalam kimchi mengandungi allicin dan selenium yang dapat membantu menurunkan kolestrol dalam darah dan juga mengurangkan risiko penyakit angin ahmar dan penyakit kardiovaskular. Ia juga mampu menurunkan masalah kolesterol anda.

1 comment:

Powered by Blogger.