-->

6 Cara Memiliki Tubuh Langsing dan Paha Ramping

6 Cara Memiliki Tubuh Langsing dan Paha Ramping

Mempunyai tubuh langsing disempurnakan dengan bentuk paha yang ramping merupakan impian setiap wanita. Namun, untuk mendapatkannya anda perlu melakukan 6 perkara ini secara lebih rutin.

6 peraturan ini akan memberikan hasil yang maksimum untuk membentuk tubuh langsing sekaligus merampingkan paha, seperti dikutip Huffington Post.

1. Minum dua gelas air setiap pagi ketika bangun dari tidur, sebelum anda melakukan aktiviti lain.

2. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sepanjang hari. Anda hanya dibenarkan untuk mengambil secawan kopi atau teh setiap hari, tetapi tidak untuk minuman berasa yang lain.

3. Kurangkab pengambilan semua makanan dan minuman yang mengandungi gula, kecuali gula yang berasal dari buah.

4. Makan empat hidangan protein per hari. Anda juga diperbolehkan untuk mengambil telur, ayam, ikan, dan daging rebus dengan cara dikukus atau dipanggang.

5. Makan sayur-sayuran yang dikukus atau direbus sahaja dan elakkan untuk menggoreng.

6. Elakkan semua produk susu seperti keju, yogurt, krim, kecuali protein whey yang boleh anda pengambilan bersama dengan air dan buah-buahan.

Selamat mencuba!

1 comment... add one now

Lea Azleeya Lea Azleeya January 11, 2017 at 2:30 PM
Nice tips adik... Wahh makin banyak tip kat sini..