5 Bandar Paling Kerap Dicari Orang Melalui Google Search


Mulakan Tahun Baru anda untuk lebih berani mengembara ke destinasi percutian yang belum pernah anda kunjungi sebelum ini. Jika anda memerlukan beberapa inspirasi ke mana anda harus bercuti, baru-baru ini Google menerbitkan sebuah data yang bandar atau tempat-tempat mana saja yang paling sering dicari pada tahun 2016. Kedudukan ini berdasarkan bagaimana orang menggunakan Google search untuk mencari data tentang tempat yang mungkin ingin mereka lawati semasa bercuti.

Berikut adalah tempat destinasi pelancongan yang paling kerap dicari melalui google search:

1. New York City

Dari persembahan Broadway sampai muzium-muzium yang terkenal di dunia ada di New York, bandar ini mempunyai tempat destinasi pelancongan yang akan memanjakan anda dan keluarga pada cuti yang akan datang. Bila berminat, anda perlu memasukkan New York ke dalam senarai destinasi destinasi pelancongan anda.

2. Rom

Kaya dengan suasana seni dan budaya, Roma merupakan tempat bersejarah yang benar-benar menakjubkan.

3. London

Semua orang mungkin tahu Big Ben, sebuah landmark dari kota London yang pasti ketika orang berkunjung ke sana akan menjadi tempat destinasi wajib ketika berkunjung ke sana. Tidak hanya itu, anda juga boleh melawat London Bridge, berjalan di sepanjang sungai Thames dan berkunjung ke Shakespeare 's Globe Theater.

4. Hong Kong

Menjelajah Hong Kong mungkin anda akan mengalami perasaan ajaib ketika berkunjung ke Victoria Peak, memandang bangunan megah dari Tian Tan Buddha, dan berkunjung ke Po Lin Monastery.

5. Thailand

Tidak hanya terkenal dengan pantainya, di Thailand anda juga boleh melawat kuil Wat Phra Kaew, melawat Grand Palace dan melayari White Temple, yang juga dikenali sebagai Wat Rong Khun. Seni bina dari bangunan-bangunan itu akan membuat anda terpegun dibuatnya.

Selamat berkunjung!

2 comments.. read them below or add one

Hani Fadhlina Abdul Rahman Hani Fadhlina Abdul Rahman January 12, 2017 at 6:21 PM
Semua tak pernah sampai lagi... Harap2 ada peluang suatu hari nanti...
Lokman Hakim Lokman Hakim January 13, 2017 at 3:21 PM
btol tu kak..ada duit ada masa..boleh pergi kak