Promosi Harga Murah 5 Telefon Pintar Honor Sempena Perayaan Krismas Ini

Promosi Harga Murah 5 Telefon Pintar Honor Sempena Perayaan Krismas ini

Perayaan Krismas pada tahun ini akan tiba tidak lama lagi, dan pengeluar telefon pintar Honor bakal memberi pelbagai diskaun dan hadiah istimewa kepada para pelanggan yang membeli telefon pintarnya menerusi laman webvmall.my.

Promosi itu bermula dari 1 Disember lalu dan akan tamat pada 12 Disember ini.

Berikut adalah senarai telefon pintar Honor yang terlibat.

1 - Honor 8 64GB

Harga Biasa: RM 2,089
Harga Promosi: RM 1,799 + Percuma 10,000 POWERBANK

Telefon flagship dari Honor dengan kapasiti 64GB ini dijual pada harga RM1,799 dalam promosi Krismas kali ini. Pembeli juga akan menerima sebuah powerbank berkuasa 10,000 mAh secara percuma.

Spesifikasi
CPU: Hisilicon Kirin 950: ARM Cortex-A72 4 x 2.3GHz + ARM Cortex-A53 4 x 1.8GHz
RAM: 4GB
Storan: 64GB

2 - Honor 8 32GB

Harga Biasa: RM 1,827
Harga Promosi: RM 1,599 + Percuma 5,000 POWERBANK

Bagi yang masih mahu mempunyai Honor 8 tetapi mahukan harga yang lebih murah, boleh membeli versi 32GB dengan harga serendah RM 1,599. Pembeli juga akan menerima 5,000 mAh bateri secara percuma.

Spesifikasi
CPU: Hisilicon Kirin 950: ARM Cortex-A72 4 x 2.3GHz + ARM Cortex-A53 4 x 1.8GHz
RAM: 4GB
Storan: 32GB

3 - Honor 7E

Harga Biasa: RM 1,558
Harga Promosi: RM 1,199 + Percuma Band Z1

Bagi yang mahukan telefon pantas dengan harga berbaloi, bolehlah membeli Honor 7E yang dijual pada harga semurah RM 1,199.
Pembeli juga akan menerima jam pintar Honor Band Z1 secara percuma.

Spesifikasi
CPU: Hisilicon Kirin 9354 ,A53 2.2GHz + 4 , A53 1.5GHz with big.LITTLE technology
RAM: 3GB
Storan: 32GB

4 - Honor 5X

Harga Biasa: RM 977 (Silver) RM 1,017 (Gold)
Harga Promosi: RM 849 (Silver) RM 889 (Gold) + Percuma Honor Selfie Stick

Kini, telefon itu boleh dibeli dari harga serendah RM 849 sahaja dan pembeli yang membuat pembelian menerusi vmall.my akan menerima percuma kayu selfie ekslusif dari Honor.

Spesifikasi
CPU: Qualcomm® MSM8939 ™, 8-Core
RAM: 2GB
Storan: 16GB

5 - Honor 5C

Harga Biasa: RM 927 (Silver) RM 977 (Gold) Harga Promosi: RM 749 (Silver) RM 809 (Gold) + Percuma Honor Selfie Stick & SD Card

Telefon Honor 5C pula dijual pada harga serendah dari RM 749 pada promosi Krismas Honor pada tahun ini.

Malah pembeli juga akan turut menerima kayu selfie percuma berserta dengan sekeping kad memori micro SD dari Honor.

Spesifikasi
CPU: Kirin650 (4x1.7GHz + 4x2.0GHz)
RAM: 2GB
Storan: 16GB

Bagi anda yang berminat untuk membeli bolehlah pergi ke laman https://interest.vmall.my/xmas16/.

No comments

Powered by Blogger.