Harga iPhone 7 Kini Dijual Bermula RM3199, Sementara iPhone 7 Plus Bermula RM3799


Lanjutan daripada tarikh jualan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus untuk pasaran tempatan yang telah diketahui pada awal pagi tadi, kini beberapa pengedar rasmi Apple di Malaysia telah mula berkongsi harga jualan untuk kedua-dua telefon pintar berkenaan.

Apple iPhone 7
iPhone 7 32GB           RM3199
iPhone 7 128GB         RM3699
iPhone 7 256GB         RM4199

Apple iPhone 7 Plus
iPhone 7 Plus 32GB       RM3799
iPhone 7 Plus 128GB     RM4299
iPhone 7 Plus 256GB     RM4799

Di Malaysia, iPhone 7 akan dijual pada harga RM3199 (model 32GB), RM3699 untuk 128GB dan RM4199 untuk model 256GB.

Sementara iPhone 7 Plus pula dijual pada harga bermula RM3799 untuk model 32GB, RM4299 untuk model 128GB dan RM4799 untuk model 256GB.

Harga jualan untuk kedua-dua model ini sebenarnya sedikit lebih murah berbanding harga iPhone 6S apabila ia ditawarkan di Malaysia pada bulan Oktober tahun lalu. Sebagai contoh model asal iPhone 6S 16GB ialah RM3199 dan model 128 GB ialah RM4199. Model asal iPhone 6S Plus 16GB pula RM3699 dan model 256GB pula ialah RM4699. Jelas sekali tahun ini pemilik iPhone mendapat nilai yang lebih tinggi dengan setiap ringgit yang dibelanjakan. Kesemua harga model lama iPhone sudahpun diselaraskan semula 8 September lalu.

Sumber: Amanz

No comments

Powered by Blogger.