Bacaan Doa Akhir Awal Tahun Hijrah 1438 dan Amalan Sunat


Di Malaysia dan Singapura tarikh 1 Muharram 1438 Hijrah (Awal Muharram / Maal Hijriah) adalah bersamaan 2 Oktober 2016 Masihi serta merupakan hari kebesaran Islam.

Awal Muharram juga bermulanya tahun baru di dalam kalendar (Takwim) Islam, ia akan disambut oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia.

 Hijrah difahami sebagai perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah namun dalam kehidupan masa kini konsep hijrah mestilah difahami dengan betul bagi menjadikan seseorang Islam dapat memanfaatkan apa yang tersurat dan tersirat disebaliknya.

Tahun Hijrah adalah tahun Islam yang bermula dari tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah pada tahun 622 Masihi .

Hijrah dalam konsep kehidupan masa kini adalah berpindah untuk mencari kehidupan yang baharu yang lebih baik bagi kehidupan yang maju dan sempurna pada masa akan datang.

BACAAN DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN 1438 HIJRAH DAN AMALAN SUNAT

Bersempena dengan Maal Hijrah ada di kalangan umat Islam yang mahu membaca doa akhir dan awal tahun.

Berikut adalah lampiran dan video doa akhir dan awal tahun hijrah Doa akhir tahun (1437H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar) pada 29 Zulhijjah 1437 Hijrah bersamaan 1 Oktober 2016 Masihi

Doa awal tahun (1438H) pula dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1437 Hijrah bersamaan 1 Oktober 2016 dan boleh juga dibaca pada 1 Muharram 1438 Hijrah bersamaan 2 Oktober 2016 Masihi selepas menyempurnakan fardhu Maghrib.




HUKUM MEMBACA DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Pada setiap tahun, umat Islam di Malaysia pasti keliru mengenai hukum membaca doa tersebut memandangkan akan ada pihak yang tampil terutamanya di medium laman media sosial dengan mendakwa bahawa membaca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu perbuatan bid ' ah yang jelas haram di sisi Islam.

Ia secara tidak langsung akan menimbulkan pelbagai persoalan benarkah apa yang didakwakan itu selain mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat Islam yang ingin beramal pada hari tersebut.

No comments

Powered by Blogger.