5 Tips Buang Lemak Di Perut Dalam Masa Seminggu

                                   Buang Lemak Di Perut - Women Online Magazine

Sebenarnya cara membuang lemak di perut dengan cepat tidaklah sesukar mana jika ia dilakukan dengan betul.

Sungguhpun begitu, ia juga tidak semudah yang anda fikirkan.Sebagai wanita, tentu sahaja anda ingin mempunyai tubuh ideal terutama di bahagian perut.Apatah lagi seseorang itu dapat dilihat sihat ataupun tidak dengan melihat bentuk tubuhnya, iaitu dari bahu ke pinggang. Oleh sebab itulah, anda perlu lakukan pola diet yang tepat untuk membakar lemak yang ada di perut.

Inilah Tips Buang Lemak Di Perut:

1. Kurangkan Jumlah Makan

Jumlah makan yang bertambah akan mempermudah timbulnya lemak diperut. Kurangkan jumlah  makan anda, terutama pada malam hari. Biasanya pada malam hari lemak di perut mudah timbul dan membuatkan perut menjadi gendut.

Makan makanan yang membakar lemak dan diet yang mengawal kalori adalah salah satu langkah yang boleh dilakukan untuk membakar lemak. Pastikan diet yang dilakukan itu lebih banyak menghindari gula putih, tepung olahan, serta makanan dari gandum yang telah melalui proses inflamasi. Bagi meningkatkan pembakaran lemak, anda disarankan makan makanan seperti ikan dengan Omega3, avokado dan rempah-ratus (kunyit, kayu manis).

2. Utamakan Buah-Buahan & Sayur-Sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran membantu mengurangkan lemak di perut. Jika terasa lapar sedangkan anda baru sahaja menikmati hidangan, sebaiknya anda mengambil buah dan sayur sebagai pengganti makanan berat yang hanya akan membuatkan lemak anda berlebih.

Buah-buahan dan sayur-sayuran, selain nikmat dan segar, ia juga dapat mengikis lemak di perut. Fungsi dari enzim mampu memecah protein supaya lebih mudah dihadamkan. Beberapa jenis makanan yang banyak mengandungi enzim, antaranya nenas dan betik. Buah segar dan sayuran sangat membantu gerak kerja hati dan pankreas supaya mengeluarkan racun lebih banyak lagi.

3. Habiskan Waktu 30-45 Minit Di Gym

Luangkan waktu anda untuk pergi ke gym. Paling kurang 30-45 minit bersenam agar proses menghilangkan lemak menjadi lebih mudah. SitUp, PushUp dan juga BackUp membantu menghilangkan lemak yang berkumpul jika dilakukan secara rutin.

4. Khasiat Perahan Limau Nipis Suam & Madu

Rasa masam membantu menyusutkan lemak dalam tubuh. Jadi anda yang sedang diet dan mahu mengurangkan lemak yang berlebihan, cubalah minum perahan air limau nipis suam yang dicampur dengan manu secara rutin.Ramuan ini akan membantu proses diet anda.

5. Minum Air Mineral

Air mineral sangat penting untuk tubuh, tapi jangan sesekali minum air sejuk atau air dengan tambahan ais batu, kerana ia hanya akan membuat perut anda membesar dan lemak pun bersarang di dalam perut anda.

No comments

Powered by Blogger.