Enam Kenangan Terbaik di Temasya Olimpik Rio 2016

                                 Enam kenangan terbaik di temasya Olimpik Rio 2016

SUKAN Olimpik Rio 2016 melabuhkan tirai selepas hampir tiga minggu saingan pelbagai acara sukan yang telah dipertandingkan, ia telah melahirkan beberapa kenangan terbaik yang bakal terpahat dalam sejarah.

Dari sepakan penalti Neymar untuk meraih ibu pingat buat Brazil, kepada kejayaan Usain Bolt meraih status 'treble treble', serta pingat emas ke-23 buat Michael Phelps, mari kita lihat enam kenangan terbaik di Rio.

Terjunan emas di balapan

Saingan antara dua atlet dalam acara 400 meter berlarutan sehingga garisan penamat, tetapi Shaunae Miller telah melakukan terjunan emas membenarkan dirinya untuk memintas Allyson Felix dan memenangi acara tersebut dengan perbezaan 0.07 saat.

Dalam keadaan terdesak untuk menghabiskan larian, atlet Bahamas tersebut menjatuhkan badan untuk melepas garisan penamat.

"Saya tidak tahu apa yang saya fikirkan, saya hanya ingat saya sudah menamatkan perlumbaan pada ketika itu," katanya.

Bintang olahraga baharu

Atlet Afrika Selatan, Wayde van Niekerk telah mempamerkan satu persembahan terbaik dalam olahraga selepas memenangi acara 400 meter lelaki dengan melakarkan rekod dunia yang baharu.

Bermula di lorong kelapan, Van Niekerk meninggalkan pelari pilihan, Kirani James dan LaShawn Merritt dengan melakukan catatan masa 43.03 saat.

Kejayaan Niekerk itu telah meleburkan rekod dunia milik Michael Johnson (43.18 saat).

Neymar bantu Brazil raih ibu pingat di Rio

Ini merupakan satu misi utama buat pasukan tuan rumah, memenangi pingat emas dalam acara bola sepak lelaki.

Selepas dimalukan Jerman 7-1 di Piala Dunia dua tahun lalu, Brazil menjadi sasaran memenangi pingat emas di Sukan Olimpik untuk mengubat luka itu.

Takdir meletakkan saingan Brazil di final berdepan Jerman dan Neymar berjaya meletakkan pasukan tuan rumah di depan sebelum Max Mayer menyamakan kedudukan.

Kegagalan Nils Petersen menyempurnakan sepakan penalti memberikan peluang buat Neymar untuk melakar sejarah untuk meraih pingat emas buat Brazil.

Atlet terbaik Olimpik tambah koleksi pingat emas

Michael Phelps – atlet paling berjaya di Olimpik – terus melakar kejayaan di Rio selepas memenangi lima pingat emas.

Katie Ledecky membuktikan dominasinya dalam acara wanita, memenangi empat pingat emas dan satu pingat perak, dan mencatatkan rekod dunia baru dalam acara 400 meter dan 800 meter gaya bebas.

Farah bangkit dari jatuh untuk menang pingat emas

Kejayaan Mo Farah untuk mempertahankan gelaran dalam acara 5000m dan 10,000m adalah sesuatu di luar jangkaan.

Farah jatuh di pertengahan perlumbaan acara 5000m untuk memenangi pingat emas, sebelum melakukan larian yang dikenali sebagai identitinya untuk memintas Paul Chelimo pada 100 meter terakhir.

Atlet Britain itu kini mensasarkan acara maraton pada Tokyo 2020, bagi meluaskan lagi dominasinya dalam acara jarak jauh.

Kejayaan 'treble treble' Bolt

Bolt tiba di Rio 2016 di bawah tekanan untuk menyempurnakan penampilan terakhir di Olimpik, untuk mendapatkan status 'treble treble'.

Memenangi emas dalam acara 100m, 200m dan 4x100m di Beijing and London, Bolt sekali lagi mengulangi kejayaan itu tanpa sebarang cabaran sukar daripada pelari lain.

Hanya kekecewaan buat Bolt adalah dia gagal memperbaharui rekod dunia 200m miliknya.

No comments

Powered by Blogger.