Bearbot Alat Kawalan Jauh Universal Untuk Pelbagai Peranti Yang Comel

                                  

Kecomelan bukanlah kriteria yang sering dikaitkan dengan peralatan elektronik. Kemampuan melakukan pelbagai fungsi dengan baik lebih penting bagi majoriti pengguna. Dengan Bearbot, kecomelan dan kepelbagaian fungsi digabungkan di dalam satu pakej yang menarik. Ia adalah sebuah alat kawalan jauh yang boleh mengawal pelbagai peralatan elektrik di rumah yang disambung menggunakan WiFi, Bluetooth, infra merah, zigbee dan frekuensi radio.

                                        Bearbot-2

Terdapat skrin 1.44″ pada “wajah” Bearbot yang menunjukkan animasi comel. Peranti dikawal dengan melakukan pergerakan jari (gesture). Antara alat elektronik yang boleh dikawal menggunakan Bearbot ialah komputer riba, peranti pintar, sistem audio, televisyen, lampu pintar dan palam elektrik. Alat kawalan ini berfungsi tanpa wayar bagi memudahkannya digunakan di seluruh rumah. Apabila kehabisan bateri wajah beruang akan kelihatan mengantuk dan ia dicas secara tanpa wayar yang menyokong sistem pengecasan Qi.

Bearbot sedang cuba mengumpulkan dana bagi penghasilan secara besar-besaran. Ia boleh dipesan pada harga bermula €75 (~RM 341). Dengan setiap pesanan penyokong projek akan menerima sebuah Bearbot dan sebuah Mini Bearbot. Mini Bearbot dilengkapi pemancar infra merah untuk membolehkan alat elektrik seperti televisyen dan dekoder TV satelit dikawal apabila Bearbot tidak berada di bilik yang lain.


No comments

Powered by Blogger.