Senarai Terkini Orang Melayu Paling Kaya di Malaysia 2016

                Orang Melayu Paling Kaya Di Malaysia

Berdasarkan kedudukan ranking senarai 50 orang terkaya di Malaysia pada tahun 2016 yang dikeluarkan oleh majalah perniagaan popular Forbes, (www.forbes.com) terdapat tujuh individu melayu tersenarai dalam ranking tersebut .

Kesemua mereka yang tersenarai sebagai individu berbangsa melayu Islam terkaya di Malaysia pada tahun 2016 adalah seperti berikut :

SENARAI KEDUDUKAN TERKINI ORANG MELAYU PALING KAYA DI MALAYSIA TAHUN 2016

                  Tan Sri Syed Mokhtar Al bukhary

1. Tan Sri Syed Mokhtar 
Al­bu­­khary Tan Sri Syed Mokhtar 
Al­bu­­khary merupakan orang melayu paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$1.45 bilion pada tahun 2016.

Beliau yang berusia 64 tahun memulakan karier perniagaannya sebagai pedagang beras dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi Bagaimanapun usaha beliau sepanjang bergelar seorang ahli perniagaan, kini beliau menjalankan pelbagai perniagaan terutamanya menerusi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, iaitu MMC Corp. dan DRB-Hicom.

Beliau yang juga pengerusi pengerusi Yayasan Al-Bukhary merupakan individu yang kekal dalam senarai top 10 orang terkaya di Malaysia dan dari 50 senarai itu beliau berada di kedudukan kesembilan .

2. Ahmayuddin bin Ahmad Ahmayuddin bin Ahmad merupakan orang melayu kedua paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$575 juta pada tahun 2016.

Beliau merupakan salah seorang daripada pengasas syarikat pelabuhan di Pelabuhan Klang, Westports Holdings Menurut Forbes, kekayaan Ahmayuddin melonjak hasil keuntungan dan peningkatan saham syarikat pelabuhannya itu Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2016, beliau berada di kedudukan ke 24.

                 Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin

3. Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin Orang melayu ketiga terkaya di Malaysia adalah adik-beradik Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin.

Nilai kekayaan yang terkumpul oleh mereka pada tahun 2016 adalah sebanyak AS$485 juta.

Mereka merupakan taikun minyak dan gas (O&G) menerusi syarikat penyedia perkhidmatan O&G, SapuraKencana Petroleum Bhd. (SapuraKencana).

Untuk 50 individu terkaya di Malaysia Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin berada di kedudukan ke 27.

                Tan Sri Mokhzani Mahathir

4. Tan Sri Mokhzani Mahathir Orang melayu keempat terkaya di Malaysia pada tahun 2016 adalah anak kepada Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Menurut Forbes nilai kekayaan beliau adalah sebanyak AS$480 juta Pada tahun 2015, aset kekayaan beliau direkodkan sebanyak AS$700 juta yang menyaksikan penyusutan nilai kekayaan berbanding tahun terkini.

Berikutan kejatuhan harga minyak dunia serta kesannya kepada saham SapuraKencana, majalah Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di tempat ke-28 sebagai individu terkaya di Malaysia

               Tan Sri Azman Hashim

Tan Sri Azman Hashim Orang melayu kelima terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Azman Hashim dengan nilai kekayaan yang dicatat sebanyak AS$465 juta pada tahun 2016.

Beliau berusia 76 tahun mengetuai perbankan AmBank Group, yang diasaskannya pada 1976 dengan nama Arab-Malaysian Merchant Bank Selain itu beliau juga memiliki kepentingan dalam bank pelaburan ECM Libra RCE Capital .

Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia beliau berada pada kedudukan ke 31.

                Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim

6. Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim Individu melayu keenam terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim.

Menurut Forbes nilai kekayaan yang dicatat beliau pada tahun 2016 adalah sebanyak AS$245 juta Secara ringkas mengenai Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, beliau merupakan pemilik syarikat perkhidmatan helikopter, Weststar Aviation yang memberi tumpuan kepada sektor O&G.

Antara syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatannya ialah Petronas Carigali, Shell dan Tullow Oil selain mengimport dan mengedar kenderaan perdagangan dan kereta mewah.

Nilai kekayaan beliau pada tahun 2016 menurun berbanding tahun sebelumnya. Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2016, beliau berada dalam kedudukan ke 42.

No comments

Powered by Blogger.